Jumaat, 6 Ogos 2010


Bismillahhirrahmanirrahim...

Hari ni dah hari Jumaat...wah tak sabar rasanya nak masuk bulan Ramadhan...berbunga bunga hati ini nak tunggu Ramadhan ni hadir menemui semua umat Islam...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..bulan yg penuh rahmat...harap sgt Ramadhan kali ni dpt aku & keluargaku manfaatkan sepenuhnya sbg medan tarbiyah buat kami utk mengejar mardhatillah..


Ya Allah Ya Rahman, kupohon hanya kepadaMu Ya Allah agar Ramadhan kali ini meningkatkan iman & taqwa kami kepadaMu...menyuburkan kasih, cinta dan rindu kami kepadaMu...serta takut akan azabMu...Lembutkanlah hati kami menerima tarbiyah, taufik & hidayahMu agar hati ini sentiasa tunduk dan patuh kepadaMu...Perkenankanlah doa kami ini Ya Fatah...

Sesekali bila muhasabah...hati ini selalu terdetik..sejauh mana iman & taqwaku?? atau tanpa disedari aku tidak kisah dgn semua ini...terlupa utk jaga iman????? terlupa nak pelihara taqwa??? ahhh satu persoalan yg cukup sombong & takabur buat seorang Hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa...astaghfirullahalazim...



Aku mengaku sbg Hamba Allah..tapi sejauhmana aku mengabdikan diri aku sbg hamba kepadaNya??? astaghfirullahalzim..terasa lagi byk aku bersikap "TUAN" berbanding "HAMBA"...mana tak nya berkira2 utk sujud kepadaNya...berfikir panjang untuk berkorban sedikit utk meraih keredhaanNya...seorang hamba tidak begitukan??? Seorg hamba akan mempamerkan kesetiaannya kpd TuanNya tanpa berkira-kira dan berbelah bahagi....huhuhuhuhu.....terlalu jauh AKU SEBAGAI SEORANG HAMBA SOLEHAH...

moga ramadhan kali ini mampu kumanfaatkan sbg medan tarbiyah utk aku menyemai kembali iman & taqwa, menyubur semula kasih & cinta serta menghadirkan rindu yg teramat sngt kepadaMu Ya Allah....Mg dipermudahkan jalan itu untuk aku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku serta seluruh kaum muslimin & muslimat.

Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 8:50 PG No comments

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About