Khamis, 18 Disember 2008

MasyaAllah!! Sekali lagi rumah aku jadi sasaran "doktor tidak terlatih"!!! Ini sudah masuk kali ketiga rumah aku jadi sasaran. Kalau kali pertama dan kedua dulu, aku masih punya kesabaran dan masih mampu untuk meredhakan kehilangan yg tak seberapa itu. Namun, kecurian kali ketiga ini benar2 buat aku hilang sabar dan cepat naik marah. huhuhuhu baru kurasai mcm mana suami ku rasa waktu kecurian kali pertama. Alhamdulillah suamiku kali ini lebih tenang dan cukup membantu mengurangkan rasa marahku. Mungkin kali pertama dulu suamiku yang dipilih utk diuji. Kali ini gilirin aku pula.

Sememangnya aku memandang peristiwa ini satu ujian tapi kali ini aku memang tidak mampu utk terus bersabar. Doa aku agar pencuri tu sedar dan kembali bertaubat dan mudah2an diberi hidayah oleh Allah. Tapi harapan aku juga agar barang yang hilang itu dapat dikembalikan semula kepada aku.




Mudah2an apa yang berlaku dpt dihitung sebagai kafarah utk dosa2 kami. Ameen.
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 11:13 PG No comments READ FULL POST

Rabu, 17 Disember 2008

Bismillahhirrahmanirrahim


Salam AidilaAdha....huhuhu lama jugak aku tidak melontar bicara di medan maya ini..kesibukan tugas akhir2 ini benar2 mengekang utk aku terus mencoret bicara hati serta buah fikiran utk dikongsi bersama...





Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru2 ni mmg agak menggemparkan Malaysia sekalipon tidak la segempar tragedi Highland Tower dulu...mmg itu pon kita harapkan..perkara yg sama tidak berulang...tp kejadian itu juga mengundang pelbagai reaksi n respon..dari situ juga kita dapat menilai alam dan manusia (macam subjek sek rendah zman dulu2 lak....) dr pelbagai perspektif...satu tragedi : pelbagai pengurusan...



Dari kacamata tv, aku perhatikan bahawa "not bad" pengurusan risiko dan pengurusan bencana yg dilaksanakan. Pada penilaian aku, dah dikira pantas dan tuntas selaras dgn teknologi yg kita ada. Pakaian petugas operasi menyelamatkan pon sudah ada "improvement" dari sudut keselamatan.. tak mcm dulu...pakaian BOMBA dulu yg selamat pada aku hanya helmet...pada aku sbg org awam yg menilai..bukan pakar..tp dgn uniform skrg..serta teknologi yg tak berapa terkini Malaysia ada...pada aku tindakan pasukan penyelamat sepanjang operasi boleh dibanggakan. SYABAS PASUKAN PENYELAMAT!!! semua la termasuk SMART,TENTERA, POLIS, BOMBA dll.



Dalam kekalutan ini, semestinyer pengurusan emosi baik semua pihak bercampur-campur sama seperti tren penutupan harian saham yang ditutup bercampur-campur...ehhheeee...ada yg positif dan tak kurang juga yg negatif..apa pun dr satu sudut kita dapat menilai itulah respon manusia biasa dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa..Sekiranya iman dan taqwa melandasi akal fikiran kita, insyaAllah respon kita cukup menyenangkan diri sendiri serta org lain di sekitar kita...tp jika sebaliknya yg melandasi hati dan jiwa kita, pastinya respon dan reaksi kita hanya mengundang masalah dan perkara buruk pada diri sendiri serta orang ramai di sekitar kita.



Ramai juga tidak setuju sikap segelintir mangsa yg betah mempersoalkan kredibiliti anggota penyelamat...jauh dari sudut hati aku, aku tetap terkilan dgn komen dan tindakan agresif mangsa..well sbg insan yg melihat...aku cuma mmpu husnuzon...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....mungkin mangsa yg lantang membuat laporan itu dalam keadaan tertekan yg amat sangat...tak mampu mengawal emosi...tp dari corong IKIM.FM td aku setuju pendapat semua pendengar yang mempersoalkan soal budi bahasa....huhuhu...



Bukan menyebelahi mana2 pihak, tapi bukan itu tindakan yang wajar dalam situasi yang cukup tegang ini. Adab kita meminta tolong bukan menjerit-jerit. Sebaiknya penuh sopan dan budi bahasa. Mungkin kehilangan @ terpaksa meninggalkan kediaman yang selesa buat mangsa rasa tertekan tp itu tetap bukan tiket untuk melenting dan salahkan petugas menyelamat. Ada kita cuba menyelami tugas2 pasukan penyelamat yang dah selamat dok kat umah masing2 sanggup turun bertugas membahayakan diri meredah memcari laluan selamat utk pastikan pendudukan yang terperangkap keluar dr tempat penginapan yg bahaya itu. Perlu diingatkan bahawa mereka mencari jalan dan laluan yang SELAMAT. INi bermaksud mereka terpaksa menempuh jalan yg kurang selamat juga dalam menilai jalan mana yg selamat dan tidak selamat. Secara tidak langsung aku bersyukur dgn pendedahan yg aku dpt sewaktu kursus 6 bulan dulu. Setidak-tidaknya aku tahu betapa besarnya pengorbanan mereka ini. Oleh itu hargailah jasa mereka dan alhamdulillah ramai yang terselamat berbanding tragedi sebelum ini. Alhamdulillah... Apa pun media juga perlu memainkan peranan yang cukup adil. Maybe apa yg media siarkan itu boleh ditafsirkan sebagai adil dari perspektif kewartawanan.



Trajedi ini juga buat mindaku kembali menjengah sebentar memori sewaktu aku amik subjek Pengurusan Risiko kat kampus..Macam2 cara dan arahan telah dikeluarkan ekoran tragedi Highland Towers sbg pengajaran utk memastikan peristiwa yg sama tidak berulang...termasuklah arahan Tun Dr. Mahathir yang melarang sebarang pembangunan di cerun bukit...bukan setakt itu jer...hasil tragedi Highland Tower itu juga pelbagai syarat, peraturan dan undang2 digubal bg membendung trajedi sebegini berulang...tp di mana silapnyer???? Sejak peristiwa itu juga, pembangunan rumah mahupun bangunan komersial lain makin bercambah di lereng bukit sehingga la hari ini. Dimana letaknya undang-undang tu? Sejauh mana perlaksanaannya? Macam mana projek boleh dijalankan tanpa sebarang kelulusan?? huhuhu siapa yg meluluskan???



Memang sukar utk kita jawab semua persoalan ini. Jawapan dari org awam, pasti ramai yg mengesyaki adanya aktiviti rasuah dgn wujudnya pembangunan di cerun bukit secara haram ini.. tp jawapan bg penjawat awam atau mereka yg bertanggngjawab menyelia aktiviti ini, pastinyer pelbagai alasan dan jawapan logik dan bernas dapat disenaraikan. Mungkin campur tangan politik juga memainkan peranan penting dalam urusan pengurusan sebegini.



Apa pun secara peribadi, aku memandang perkara sebagai satu lagi teguran Yang Maha Esa kepada hamba2Nya agar tidak lupa beramal dgn suruhanNya. Semua ini adalah kuasaNya dan segalaNya telah berlaku atas kehendakNya.. dan yang pasti juga semua ini tidak ditakdirkan terjadi sekadar utk main-main atau tiada makna. Takdirnya terjadi peristiwa ini pasti ada hikmahnya yang menuntut mereka yang beriman untuk berfikir dan insaf dgn kuasa Yang Maha Kuasa serta sedar akan kerakusan manusia yang menodai ketahanan bumi yang cukup kuat ini.



Tragedi ini juga seharusnya menyedarkan kita semua bahawa sikap pentingkan diri sendiri memang tidak memberi apa-apa manfaat. Selagi mana manusia bersikap mazmumah ini selagi itulah tiada yang belajar drpd tragedi sebegini.


hmm...cukup la setakat ini...heheheh sekadar mencoret bicara hati...apa yg berlaku mmg patut kita ambil sebagai iktibar dan muhasabah diri dengan Yang Maha Kuasa.


Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 8:27 PG No comments READ FULL POST

Ahad, 23 November 2008

Innalillahhiwainnailaihirajiuun....

Al-Fatihah buat ibu Mazrini yang telah pergi buat selama-lamanya menyahut seruan Ilahi...

Mazrini adalah salah seorang sahabt yg cukup rapat dgn aku di MOT. Mahu tak rapatnyer dialah manusia pertama yg aku tegur di BIlik Mesyuarat MOT pada hari first posting. Seronok mula ckp dgn Mazrini. Mesra pon ada gak. Dia gelarkan dirinya Rinie..ahaks...mcm manja gitu...

Ditakdirkan posting kami di tempat dan unit yang sama...Bahagian Kewangan MOT. Sejak ditakdirkan di Bahagian yang sama, aku dan Rinie leh kira rapat sebab kami saling belajar antara satu sama lain. Sambil2 beljar kami berkongsi cerita dan pengalaman keluarga masing2...hehehhe persahabatan kami lebih rapat setelah ditakdirkan sekali lagi satu sidang dalam DPA...biarpon byk perbezaan antara kami...sekali pun aku tak pernah kekok utk rapat dgn Rinie..mcm tu gak Rinie tak kekok utk terus berkawan ngan aku...

Very understanding, caring dan paling bagus tak reti nak simpan komen baik ataupon tak baik pasal kawan..hehehe tegur direct dgn ikhlas...tu yang buat aku suka ngan Rinie...sakit hati mmg sakit...tapi sekejap jer sbb ikhlasnya dalam menegur...itulah kawan....tegur apa yg salah...betulkan apa yang silap...dgn Rinie juga beza tarikh kahwen kami tak jauh dekat2 jer...aku bulan Mac, Rinie bulan April...alhamdulillah our next generation pon bakal hadir pada bulan yang sama...insyaAllah next April aku dan Rinie akan bertambah satu lagi status baru...

Anyway, berita pemergian ibu Rinie turut buat aku sedih...coz aku tak sempat jumpa ibu Rinie walaupon dah lama plan nak jumper...huhuhu tahu plak ibu Rinie dah tak waktu aku dan Rinie sudah ada jauh...insyaAllah doa dr jauh ini tetap akan sampai buat mereka yg telah pergi...Moga Rinie tabah hadapi dugaan ini...

Al-fatihah buat arwah ibu Mazrini. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..amenn.
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 1:16 PTG No comments READ FULL POST

Khamis, 20 November 2008



Inilah persoalan yg kerap meniti dimindaku

yang kerap terlintas dihatiku





Kerjaya...


itu adalah tafsiran kepada impianku


itu jua adalah harapanku sejak dulu


satu harapan yg tidak kuimpikan seorg


satu harapan yg turut kukongsi dgn Umi tersayang...


harapannya yg tinggi


sokongannya yg tidak berbelah bahagi


menjadi satu inspirasi dan kekuatan utk aku


tekad dan tabah mengejar sebuah kerjaya impian


demimu Umi tersayang


akan kuredah apa jua halangan


agar kerjaya yg jadi impian kita bersama


dapat Umi kecapi...





Kerjaya ...


bukan sekadar inspirasi


sentiasa beri aku motivasi


yang penting sentiasa beri aku keyakinan diri


utk berbakti kepada ibu pertiwi


dalam diam...


kerjayaku hari ini


berikan aku keyakinan


bahawa aku mampu ke hadapan


setanding mereka yg hebat


yg pernah aku kagumi....




Cinta....


itu jua satu anugerah Allah yg berharga


ia tanda kasihku pada semua


terutama suami tercinta





Cinta...



bukan sekadar satu perasaan saja



kerana cinta tertunas sebuah pengorbanan



kerana cinta bercambah sucinya keikhlasan



kerana cinta menyuburkan ketulenan sebuah kesetiaan



dan kerana cinta jua aku redha dgn segala ketentuan




Antara cinta dan kerjaya



padaku tak ubah seperti



antara nyawa dan harta



antara hidup dan mati



persoalan yg cukup buat aku memilih hanya satu



Demi sebuah kesucian cinta anugerah Ar-Rahman



Aku korbankan sedikit peluang kerjayaku yg kian cerah



Agar aku dapat sentiasa disisi suami tercinta

Bersama-sama membentuk keluarga


yang dapat memberi manfaat kepada semua...



Kerana cinta jua buatku yakin



Cintanya akan terus buat aku bahagia



Akan buat Umi tersayang tetap gembira




Itulah kuasanya cinta



Meyakinkan aku atas satu ketetapan



Antara Cinta dan Kerjaya...



Aku rela berkorban kerana cinta....







~ Moga cinta yang hadir ini terus mekar melakari perjuangan 2 jiwa meraih cintaNya...Ameen~
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 5:42 PTG No comments READ FULL POST

Rabu, 8 Oktober 2008

September 2008...wah this is my first year celebrate my bezday with hubby!!!


Alhamdulillah, semakin bertambah usia kuharap semakin bertambah kemantangan dalam mengharungi saki baki kehidupan...Paling penting biarlah tahun ini menjanjikan amal soleh serta pengabdian aku sebagai hambaNya lebih baik dari sebelumnyer...ameeen...hmm..Alhamdulillah sepanjang hidup ini terasa betapa rahmat Allah kepada aku terlalu banyak dan tak terhitung...huhuhuhu terlalu banyak nusrah Allah dalam setiap detik dan langkah aku dalam mengatur kehidupan di dunia fana ni...Tp bila kubandingkan dengan amalan2 serta tingkah lakuku sebagai hambaNya...astaghfirullahalazim....hakikatnya tidak layak utk aku terima semua anugerah dan nikmat Allah ini...malu pon ada...dah la dosa banyak...tak malu plak sedut udara Allah bagi...dok kat atas bumi ciptaan Allah plak tuh...huhuhuhu betapa sesungguhnya aku insan yg bernasib baik masih dalam perhatian Allah sekalipon dosa menggunung tinggi....





Sehari selepas bezdayyy, 7hb September hari pertama aku lapor diri di opis baru..takut!!!!! but buat2 tak takut...bukan per.. yer lah tempat baru post baru dan segalanyer baru...mesti la aku takut sbb byk perkara tak tau...lepas jumper pengarah, lega rasanyer...coz aku dpt rasa aku mudah bekerja dgn org mcm pengarahku itu...pas tu kebetulan ada meeting PUSPANITA...huhuhu my first assignment is attending the meeting!!! wat ever!! coz kat meeting tu la aku leh kenal wanita2 gagah di opis baru ku ini...huhuhu perkara yg paling aku nak elak sejak dulu akhirnya terpaksa kutempuhi jua kini...harap aku mampu lakukannya...isk isk isk...





tergezut aku tgk bilik yg disediakan utk post aku tuh...masyaAllah ni bilik sapa ni???? terkejut sngt yer lah bilik aku kat MOT dulu pon tak macam ni...anyway Alhamdulillah aku syukur dgn apa yg aku dapat...mmg Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utkku...Alhamdulillah kerana urusanku dipermudahkanNya....kini bermulalah rentak baru kerjaya aku di negeri chek siti wan kembang ini...ehehehhe semoga sentiasa dalam pimpinanNya dalam laksanakan amanah ini...semoga terpelihara aku dari perkara2 yg mendatangkan kemurkaanNya... ameen..



Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 3:14 PTG No comments READ FULL POST

Selasa, 7 Oktober 2008





Disember 2006










Akhirnya Alhamdulillah lafaz syukurku kepada Ar-Razak atas rezeki kurniaanNya...Mana taknyer bertahun aku menunggu dan bertungkus lumus dgn rakan seperjuanganku..akhirnya berjaya gak aku lulus dan diterima oleh JPA sebagai pegawai kerajaan..tp..huhuhuh penat gak la 2 minggu di IKWAS utk UNGGUL buat aku terpaksa lawan diri aku utk bertahan dgn karier sebenar sesuatu kerjaya...


Januari 2007


Bermulanya episod kerjaya aku di Putrajaya...Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan urusan aku..2 minggu dlm poll di MOT aku dan kawan2 seposting cukup happy dan situ juga kami mula kenal hati budi masing2...ehhehehe yg pastinyer aku happy dpt post di MOT as PSU Budget (3)...very tough post for me as a new comer but i enjoy working there...mana tak nyer..member2 staff2 dan bos semuanya ok dan tak lokek membantu...this help me to learn a lot in limited time..ehehe maybe sbb aku enjoy..so walau pon susah camner aku enjoy..



Bahagian Kewangan MOT cukup best..semuanyer steady n very cooperative..sokmo kerjasama nak wat makan2...ehehe itu yg pasti!! mkn jer kat kewangan..yer lah tension2 kerja mesti cukup selera bila mkn...hihihi...rakan2 satu batch di MOT juga best..cukup kreatif nak wat lawak sama2...makan sama2...even sama2...rini,waheed,fara,nik,adi,indra,arel,epol,ila,mad,azman..errr ada tertinggal ker???



Julai 2007



Satu lagi ujian utk diriku dalam bertatih di dunia perkhidmatan awam...6 bulan kursus bukannya sekejap..pada aku itu cukup menyeksakan..namun pengalaman mengajar aku agar sentiasa positif dalam byk perkara...paling kurang husnuzon dgn Allah...setiap yg berlaku ada hikmahnyer....dan jgn sesekali lupa apa matlamat dan tujuan aku bekerja...huhu mengimbau susah payah lampau utk aku menapak di tempat aku sekarang..insaf sekejap...apa lagi betulkan niat dan tindakan agar tidak tersasar dari landasan sebenar...huhuhu ringkas ceritanya....alhamdulillah 6 bulan berlalu dan aku berjaya habiskan kursus yg panjang itu...



Feb 2008


Kembalinya aku ke Putrajaya yg sentiasa meyimpan seribu memori indah di sana..hehehe kebali ceria bersama kawan2 yg masih sama berkhidmat di MOT...ada antara kami terpaksa posting ke tempat lain yg lebih memerlukan khidmat mereka...huhuhuhu sedey la jugak...anyway kehidupan mesti diteruskan...kehidupan selepas DPA makin mencabar...kesibukan kerja dan pendedahan kerja2 baru makin bertambah dan mencabar..bukan aku shj yg mengalaminyer tapi semua kawan2 yg lain..kesibukan mula menghantui diary masing2 sehingga masa utk email sesama kami terbatas...segalanya berubah sehingga ada antara kami bertanya "kenapa kita tak macam dulu?" heheheheheh best gak ingat2 kenangan ni....tp dlam kesibukan itu aku tetap happy sebb terlalu byk pasal kerja yg aku belajar sampai berkobar2 semangat aku utk membuat penambahbaikan....



Mac 2008


Dalam kekalutan dan pergelutan aku mengejar ilmu2 baru di opis..alhamdulillah sempat jua majlis perkahwinan yg dirancang selama ini berlangsung...walaupon bertembung dgn pilihanraya negara...apa boleh buat "belasah jer lah"...bermula dr titik sejarah inilah...hatiku mula berbelah bagi antara kerjaya dan rumahtangga...antara demi cinta dan cita2....finally aku tekad...antara kerjaya dan rumahtangga aku pilih rumahtangga...dan antara cinta dan cita2...aku pilih cinta...ewah..cam sasaterawati la plak..


Julai 2008

Kursus Induksi aku lalui bersama ngan kawan2 yang lain..dalam hatiku sentiasa berdetik mungkin ini kali terkahir program kami bersama di MOT...huhuhuhu dalam kekalutan induksi, aku cuba luangkan masa yg ada utk mereka..heheh dengan waheeda yg kena denggi, indra yg kena balik awal, rini yg sentiasa tak sihat (eheheeh) dan mcm2 lagi la....Induksi juga ILA draftkan surat minta tukar...huhuhu dgn hujah lengkap dihati dan kepala...kuringankan tanganku ini mengetuk keyboard menyusun ayat utk "PERMOHONAN PERTUKARAN KE NEGERI KELANTAN"....Mekaceh Ila, ajar Yus draf surat...hehehehehe...pesan Ila, Yus kena cepat. Kalau lambat takut tak dapat nnti.. First come, first serve!


Ogos 2008


Akhirnya berakhir sudah episod kerjayaku di Putrajaya..tanpa kuduga permohonanku sepantas kilat dijawab MOT..kata Ila, TKSU bg keutamaan pada siapa yg mengikut suami..eheheh syukur Alhamdulillah...tp dlm masa yg sama hatiku berat meninggalkan tempat yg cukup buat aku selesa bekerja berkhidmat...Namun, pilihan telah kubuat..asas kepada setiap pilihan juga jelas...so aku tak perlu ragu2...teruskan perjuangan walau dimana aku berada...huhuhuhu



Selamat tinggal MOT!!!
Selamat tinggal Putrajaya!!!
Selamat tinggal Kewangan!!!
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 12:24 PTG No comments READ FULL POST

Khamis, 18 September 2008



Bismillahhirrahmanirrahim...




Alhamdulillah terlaksana juga blog ini akhirnya...apa pun mg kehadiran blog ini dalam alam siber ini mampu memberikan impak positif kepada sesiapa saja yang menjengah, bertamu, bertandang,menyinggah atau apa2 jer lah dr blog ini..




Di Ramadhan kali ini juga sejuta kesyukuran kuungkapkan kerana rahmat Allah sentiasa ada di mana2 hingga ke saat ini aku masih bernafas utk mujahadah mengutip sisa-sia peluang buat bekalan di alam sana nnti...




Bicara Srikandi Amri....satu tajuk kuabadikan dgn penuh harapan serta kecintaanku kepadaNya serta suami tersayang..Semoga diberkati dan dipelihara setiap kalam yg terungkap di layar siber ini.




Bicara adalah coretan hati serta luahan jiwa yg sering terbuku dijiwaku


Srikandi adalah harapan aku agar dpt berperanan sebagai ala ala srikandi kecil yg berjiwa besar untuk Islam dan suami...hehehhe sungguh pun jauh sekali peribadi ini jika dibandingkan dengan srikandi terdahulu, harapanku biarlah srikandi menjadi cita-cita agar diriku sentiasa dipandu utk memberi manfaat untuk Islam seperti mereka...




Amri...kuabadikan nama suami tercinta setiap masa dan ketika tanda cinta dan sayang yg tiada penghujungnya dengan izin Allah untuk selama-lamanya...




Srikandi Amri adalah kalam yang menyatakan cita-citaku bukan sekadar srikandi agama tapi juga srikandi pada suamiku yang tersayang...




Moga Allah sentiasa memimpin Kami dalam setiap tindakan dan keputusan agar sentiasa memberi manfaat untuk Islam.




Ameen.








Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 8:49 PG No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About