Bismillahhirrahmanirrahim
Salam AidilaAdha....huhuhu lama jugak aku tidak melontar bicara di medan maya ini..kesibukan tugas akhir2 ini benar2 mengekang utk aku terus mencoret bicara hati serta buah fikiran utk dikongsi bersama...
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru2 ni mmg agak menggemparkan Malaysia sekalipon tidak la segempar tragedi Highland Tower dulu...mmg itu pon kita harapkan..perkara yg sama tidak berulang...tp kejadian itu juga mengundang pelbagai reaksi n respon..dari situ juga kita dapat menilai alam dan manusia (macam subjek sek rendah zman dulu2 lak....) dr pelbagai perspektif...satu tragedi : pelbagai pengurusan...
Dari kacamata tv, aku perhatikan bahawa "not bad" pengurusan risiko dan pengurusan bencana yg dilaksanakan. Pada penilaian aku, dah dikira pantas dan tuntas selaras dgn teknologi yg kita ada. Pakaian petugas operasi menyelamatkan pon sudah ada "improvement" dari sudut keselamatan.. tak mcm dulu...pakaian BOMBA dulu yg selamat pada aku hanya helmet...pada aku sbg org awam yg menilai..bukan pakar..tp dgn uniform skrg..serta teknologi yg tak berapa terkini Malaysia ada...pada aku tindakan pasukan penyelamat sepanjang operasi boleh dibanggakan. SYABAS PASUKAN PENYELAMAT!!! semua la termasuk SMART,TENTERA, POLIS, BOMBA dll.
Dalam kekalutan ini, semestinyer pengurusan emosi baik semua pihak bercampur-campur sama seperti tren penutupan harian saham yang ditutup bercampur-campur...ehhheeee...ada yg positif dan tak kurang juga yg negatif..apa pun dr satu sudut kita dapat menilai itulah respon manusia biasa dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa..Sekiranya iman dan taqwa melandasi akal fikiran kita, insyaAllah respon kita cukup menyenangkan diri sendiri serta org lain di sekitar kita...tp jika sebaliknya yg melandasi hati dan jiwa kita, pastinya respon dan reaksi kita hanya mengundang masalah dan perkara buruk pada diri sendiri serta orang ramai di sekitar kita.
Ramai juga tidak setuju sikap segelintir mangsa yg betah mempersoalkan kredibiliti anggota penyelamat...jauh dari sudut hati aku, aku tetap terkilan dgn komen dan tindakan agresif mangsa..well sbg insan yg melihat...aku cuma mmpu husnuzon...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....mungkin mangsa yg lantang membuat laporan itu dalam keadaan tertekan yg amat sangat...tak mampu mengawal emosi...tp dari corong IKIM.FM td aku setuju pendapat semua pendengar yang mempersoalkan soal budi bahasa....huhuhu...
Bukan menyebelahi mana2 pihak, tapi bukan itu tindakan yang wajar dalam situasi yang cukup tegang ini. Adab kita meminta tolong bukan menjerit-jerit. Sebaiknya penuh sopan dan budi bahasa. Mungkin kehilangan @ terpaksa meninggalkan kediaman yang selesa buat mangsa rasa tertekan tp itu tetap bukan tiket untuk melenting dan salahkan petugas menyelamat. Ada kita cuba menyelami tugas2 pasukan penyelamat yang dah selamat dok kat umah masing2 sanggup turun bertugas membahayakan diri meredah memcari laluan selamat utk pastikan pendudukan yang terperangkap keluar dr tempat penginapan yg bahaya itu. Perlu diingatkan bahawa mereka mencari jalan dan laluan yang SELAMAT. INi bermaksud mereka terpaksa menempuh jalan yg kurang selamat juga dalam menilai jalan mana yg selamat dan tidak selamat. Secara tidak langsung aku bersyukur dgn pendedahan yg aku dpt sewaktu kursus 6 bulan dulu. Setidak-tidaknya aku tahu betapa besarnya pengorbanan mereka ini. Oleh itu hargailah jasa mereka dan alhamdulillah ramai yang terselamat berbanding tragedi sebelum ini. Alhamdulillah... Apa pun media juga perlu memainkan peranan yang cukup adil. Maybe apa yg media siarkan itu boleh ditafsirkan sebagai adil dari perspektif kewartawanan.
Trajedi ini juga buat mindaku kembali menjengah sebentar memori sewaktu aku amik subjek Pengurusan Risiko kat kampus..Macam2 cara dan arahan telah dikeluarkan ekoran tragedi Highland Towers sbg pengajaran utk memastikan peristiwa yg sama tidak berulang...termasuklah arahan Tun Dr. Mahathir yang melarang sebarang pembangunan di cerun bukit...bukan setakt itu jer...hasil tragedi Highland Tower itu juga pelbagai syarat, peraturan dan undang2 digubal bg membendung trajedi sebegini berulang...tp di mana silapnyer???? Sejak peristiwa itu juga, pembangunan rumah mahupun bangunan komersial lain makin bercambah di lereng bukit sehingga la hari ini. Dimana letaknya undang-undang tu? Sejauh mana perlaksanaannya? Macam mana projek boleh dijalankan tanpa sebarang kelulusan?? huhuhu siapa yg meluluskan???
Memang sukar utk kita jawab semua persoalan ini. Jawapan dari org awam, pasti ramai yg mengesyaki adanya aktiviti rasuah dgn wujudnya pembangunan di cerun bukit secara haram ini.. tp jawapan bg penjawat awam atau mereka yg bertanggngjawab menyelia aktiviti ini, pastinyer pelbagai alasan dan jawapan logik dan bernas dapat disenaraikan. Mungkin campur tangan politik juga memainkan peranan penting dalam urusan pengurusan sebegini.
Apa pun secara peribadi, aku memandang perkara sebagai satu lagi teguran Yang Maha Esa kepada hamba2Nya agar tidak lupa beramal dgn suruhanNya. Semua ini adalah kuasaNya dan segalaNya telah berlaku atas kehendakNya.. dan yang pasti juga semua ini tidak ditakdirkan terjadi sekadar utk main-main atau tiada makna. Takdirnya terjadi peristiwa ini pasti ada hikmahnya yang menuntut mereka yang beriman untuk berfikir dan insaf dgn kuasa Yang Maha Kuasa serta sedar akan kerakusan manusia yang menodai ketahanan bumi yang cukup kuat ini.
Tragedi ini juga seharusnya menyedarkan kita semua bahawa sikap pentingkan diri sendiri memang tidak memberi apa-apa manfaat. Selagi mana manusia bersikap mazmumah ini selagi itulah tiada yang belajar drpd tragedi sebegini.
hmm...cukup la setakat ini...heheheh sekadar mencoret bicara hati...apa yg berlaku mmg patut kita ambil sebagai iktibar dan muhasabah diri dengan Yang Maha Kuasa.
0 comments:
Catat Ulasan