Ahad, 23 November 2008

Innalillahhiwainnailaihirajiuun....

Al-Fatihah buat ibu Mazrini yang telah pergi buat selama-lamanya menyahut seruan Ilahi...

Mazrini adalah salah seorang sahabt yg cukup rapat dgn aku di MOT. Mahu tak rapatnyer dialah manusia pertama yg aku tegur di BIlik Mesyuarat MOT pada hari first posting. Seronok mula ckp dgn Mazrini. Mesra pon ada gak. Dia gelarkan dirinya Rinie..ahaks...mcm manja gitu...

Ditakdirkan posting kami di tempat dan unit yang sama...Bahagian Kewangan MOT. Sejak ditakdirkan di Bahagian yang sama, aku dan Rinie leh kira rapat sebab kami saling belajar antara satu sama lain. Sambil2 beljar kami berkongsi cerita dan pengalaman keluarga masing2...hehehhe persahabatan kami lebih rapat setelah ditakdirkan sekali lagi satu sidang dalam DPA...biarpon byk perbezaan antara kami...sekali pun aku tak pernah kekok utk rapat dgn Rinie..mcm tu gak Rinie tak kekok utk terus berkawan ngan aku...

Very understanding, caring dan paling bagus tak reti nak simpan komen baik ataupon tak baik pasal kawan..hehehe tegur direct dgn ikhlas...tu yang buat aku suka ngan Rinie...sakit hati mmg sakit...tapi sekejap jer sbb ikhlasnya dalam menegur...itulah kawan....tegur apa yg salah...betulkan apa yang silap...dgn Rinie juga beza tarikh kahwen kami tak jauh dekat2 jer...aku bulan Mac, Rinie bulan April...alhamdulillah our next generation pon bakal hadir pada bulan yang sama...insyaAllah next April aku dan Rinie akan bertambah satu lagi status baru...

Anyway, berita pemergian ibu Rinie turut buat aku sedih...coz aku tak sempat jumpa ibu Rinie walaupon dah lama plan nak jumper...huhuhu tahu plak ibu Rinie dah tak waktu aku dan Rinie sudah ada jauh...insyaAllah doa dr jauh ini tetap akan sampai buat mereka yg telah pergi...Moga Rinie tabah hadapi dugaan ini...

Al-fatihah buat arwah ibu Mazrini. Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..amenn.
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 1:16 PTG No comments READ FULL POST

Khamis, 20 November 2008



Inilah persoalan yg kerap meniti dimindaku

yang kerap terlintas dihatiku





Kerjaya...


itu adalah tafsiran kepada impianku


itu jua adalah harapanku sejak dulu


satu harapan yg tidak kuimpikan seorg


satu harapan yg turut kukongsi dgn Umi tersayang...


harapannya yg tinggi


sokongannya yg tidak berbelah bahagi


menjadi satu inspirasi dan kekuatan utk aku


tekad dan tabah mengejar sebuah kerjaya impian


demimu Umi tersayang


akan kuredah apa jua halangan


agar kerjaya yg jadi impian kita bersama


dapat Umi kecapi...





Kerjaya ...


bukan sekadar inspirasi


sentiasa beri aku motivasi


yang penting sentiasa beri aku keyakinan diri


utk berbakti kepada ibu pertiwi


dalam diam...


kerjayaku hari ini


berikan aku keyakinan


bahawa aku mampu ke hadapan


setanding mereka yg hebat


yg pernah aku kagumi....




Cinta....


itu jua satu anugerah Allah yg berharga


ia tanda kasihku pada semua


terutama suami tercinta





Cinta...



bukan sekadar satu perasaan saja



kerana cinta tertunas sebuah pengorbanan



kerana cinta bercambah sucinya keikhlasan



kerana cinta menyuburkan ketulenan sebuah kesetiaan



dan kerana cinta jua aku redha dgn segala ketentuan




Antara cinta dan kerjaya



padaku tak ubah seperti



antara nyawa dan harta



antara hidup dan mati



persoalan yg cukup buat aku memilih hanya satu



Demi sebuah kesucian cinta anugerah Ar-Rahman



Aku korbankan sedikit peluang kerjayaku yg kian cerah



Agar aku dapat sentiasa disisi suami tercinta

Bersama-sama membentuk keluarga


yang dapat memberi manfaat kepada semua...



Kerana cinta jua buatku yakin



Cintanya akan terus buat aku bahagia



Akan buat Umi tersayang tetap gembira




Itulah kuasanya cinta



Meyakinkan aku atas satu ketetapan



Antara Cinta dan Kerjaya...



Aku rela berkorban kerana cinta....







~ Moga cinta yang hadir ini terus mekar melakari perjuangan 2 jiwa meraih cintaNya...Ameen~
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 5:42 PTG No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About