Isnin, 5 Oktober 2009

rasa tak sedap lak panjang lebar kongsi pengalaman tapi tak buat pengajaran drpd pengalaman itu..

ini suggestion sy pada semua sahabat2 yang terbaca posting saya..

1. sekiranya sahabat2 berminat dan ingin menjadi ibu, banyakkan lah maklumat dgn membaca dan of course bertanya pada yang pakar. tapi kena ingat!!! maklumat yg diperolehi ini perlu lah dijadikan sebagai

a) sumber kekuatan utk kita bertenang sekiranya berdepan dgn perkara yg tak diingini

b) sumber utk kita bertindak proaktif dgn mengambil langkah pencegahan mengelak perkara2 yg tak diingini berlaku

2. bijak kawal emosi dan sentiasa optimis.
bukan apa kdg2 bila terlalu byk membaca dan terlalu byk maklumat kita jadi terlalu takut utk berdepan dgn situasi yg bakal kita hadapi. so as per said above, jadikan maklumat yg kita ada itu sbg sesuatu yg mampu memujuk kita utk bertenang. yakinlah Allah sentiasa bersma kita jika kita bersabar.

3. sekiranya sahabt2 disahkan mengandung (if buat test sendiri la), jgn bertangguh utk berjumper doktor utk pengesahan dr yg pakar.

4. if sahabat suspek mengandung, pergilah klinik yg betul. kao bleh klinik yg ada scan utk confirmkan kewujudan baby..JGN SILAP PERGI KLINIK!!!
sebab sy pergi klinik biasa, waktu sy sakit teruk tu doktor kata saya gastrik!!! mana nak lega sakit lain ubat lain..huhuhuhu

5. sentiasa jadikan iman landasan utk berfikir. jgn terlalu ikut perasaan sebaliknya bertinidaklah ikut kata IMAN..

6. yakinlah setiap yg berlaku ada hikmahnyer...bila apa yg diharapkan adalah sebaliknya...carilah hikmah yg tersembunyi dgn berlapang dada dan bersangka baik dgn Allah...jgn sesekali salahkan Allah dan takdir...

hmm..itu jerk yg terlintas di fikiran saya pengajaran dari posting saya sebelum ni..


Daisypath Next Aniversary Ticker
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 4:35 PTG 3 comments READ FULL POST

Ahad, 4 Oktober 2009

Berbicara soal kehamilan sememangnya memang menarik perhatian wanita yang mmg bercita-cita utk bergelar ibu..mungkin ramai di kalangan kita cukup teruja dan sentiasa memasang impian yang indah2 tentang kehamilan..tak kurang juga takut utk menempuh saat kehamilan apatah lagi saat kelahiran..

di medan ini saya ingin berkongsi..mungkin tidak secara ilmiah tetapi sedikit pengalaman tentang hamil luar rahim ini agar sedikit sebanyak dapat membantu pada mereka yg mungkin menerima nasib yang sama..

beberapa bulan selepas perkahwinan, biarpun tidak merancang soal zuriat, jauh sudut hatiku tidak sabar utk menimang cahayamata. Apatah lagi jiwa sentimental ku ini sering mengungkapkan cahayamata itu tanda CINTA 2 jiwa yang bersatu menempuh badai kehidupan menuju keredhaan Ar-Rahman.

Sebab itu beberapa tahun sebelum perkahwinan, biarpun masih belum tahu siapa suamiku..aku tak kekok membaca apa2 sahaja majalah dan info2 berkaitan persediaan sebagai ibu. Hmm..bila dah bergelar isteri apa lagi, makin berapi semangat aku menjejaki info bayi dan ibu, ibu dan bayi.

beberapa bulan lepas perkahwinan aku dapat rasa perubahan pada diri aku. macam2 tanda kehamilan berlaku pada aku. tapi susah aku nak caya sbb alhamdulillah aku tiada alahan. tanda2 awal yg paling ketara aku sedari adalah cuma selera aku bertambah dan byk perkara biasa yg aku buat aku rasa kekok dan pening. Contohnyer naik lift, selalu tak pening, tiba2 hari tu aku pening. naik ekslator, selalu tak gayat, tiba2 aku gayat.

hmm, adakah aku hamil??? agak kompius sbb period on going dgn tidak teratur. hmm, utk kepastian, test la sendiri. hmm berdebar gak nak tau ni, ALHAMDULILLAH, pregnant!!! but naper masih period erk??? hasil bacaan sebelum ni, aku dah dapat agak something wrong with me..immedietly aku jumper doktor...heheheh doktor pon pelik awak period tapi naper awak buat pregnancy test??? huhuuhu malu gak nak jawab..nampak sngt aku begitu teruja nak jadi UMMI..finally doktor di klinik terus rujukkan aku ke hospital terdekat.

ringkas cerita, doktor suspek HAMIL LUAR RAHIM...masyaAllah!!! rasa mcm ada bende berat menimpa aku..kalo bercerita lisan boleh ler aku cakap seolah - olah bedebuk atas kepala menerima perkara ini...

APA AKU BUAT???

x putus2 aku pujuk hati..x per suspek jer..tak betul tu... insyaAllah yakin Allah akan tolong aku!! selalu husnuzon ngan Allah kerana ianya sama gak macam doa..terus menerus aku pujuk hati aku agar kuat hadapi situasi itu. sedih lagik kerana waktu tu aku berjauhan dari suami...aku di sini dia di sana...slowly aku maklumkan pada hubby..dia terkejut tp dlm kekalutan itu dia cuba bertenang sambil menenangkan aku yg sama2 berpura-pura tenang. sbb aku disuspek hamil luar rahim, aku terus masuk ward. hubby pon sepantas kilat bergegas utk jumper aku. Dia janji dia akan sampai esok.

masuk jer ward, huhuhu dikelilingi org2 yang sakit..aku bertambah sakit. takut plak nak ngandung sbb macam penyakit & masalah yang real depan mata aku. tp aku x putus2 berdoa agar aku negatif hamil luar rahim..doktor dtg check berkali2..serius aku tak sakit..so doktor putuskan aku bleh kuar disamping desakan aku jugk mmg nak kuar.

3 minggu aku kuar dr ward, badan kurasa tidak sihat. perutku selalu mengulas semacam senggugut. sakit2 pon aku masih bergerak aktif siap tolong menolong dalam majlis kenduri lagik. tapi aku tiba2 sakit yg teramat sngt selepas kuat bekerja dalam majlis kenduri..sakit sngt dan mula lah cepat marah...melihat perubahan tu ada gak suara2 yg suarakan kemungkinan ini buatan kianat..huhuhuhu takutnyerrr!!! camner nak ubat tu!!!

alhamdulillah hubby always positifkan aku. ummi pon selalu bagi aku semangat!! mak sbg mak mentua pon tak putus2 bagi jalan agar aku berubat..mak bawa aku pi sebuah klinik, siap scan. tnpa ragu2, doktor ckp aku dah keguguran. huhuhuhu tahan jer airmata ni sambil sengeh2 depan org. tanda konon2nyer lega sbb aku bukan hamil luar rahim...tp manalah ada seorg ibu yg tak nangis bila tahu dia keguguran!!! puas aku nangis malam tu...suami ku tak pernah putus asa. selalu jer dia disisi bisikkan semangat kepada aku agar sabar dan kuat hadapi semua ini..lihat kesungguhannya memujuk, aku tak sampai hati menangis depan suamiku...perlahan2 kupujuk diri agar redha dgn ketentuan Allah.

tak lama lepas itu, sakit yang teramat sngt kembali menyerang aku. kali ini tiba2 aku rasa sesuatu telah pecah dalam perutku...tapi aku tak faham apa yg buat aku bertahan dan tak pegi jumper doktor..aku ingatkan aku senggugut teruk.

2 hari lepas tu, tiba2 aku sakit yg lebih teruk. sedikit pon aku tak mampu bergerak. gerak jer sket aku akan rasa seolah2 darah memancut deras dari rahim naik menusuk jantung..rasa dah nak mati waktu tu...mujurlah kawan2 pejabat...wahida,rini,fara n nik datang jenguk aku di rumah sambil bawa nasi bungkus..dalam gurau senda bersama mereka aku tiba2 sakit teramat sangat...terasa lagik darah yg deras memancut laju menusuk jantungku..terus mereka kejarkan aku ke UNIT KECEMASAN HOSPITAL TERDEKAT...dr pukul 3 petang aku di ward kecemasan, jam 9 malam baru doktor yg buat rondaan dapat kenal pasti aku PESAKIT LUAR RAHIM YG KRITIKAL...huhuhu kalo lambat lagik dikesan, pasti aku dah ARWAH!!

terus doktor jadualkan aku utk dibedah jam 3 pagi. dari 9 malam hingga 3 pagi, aku hnya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar. sepanjang tu juga aku cuba tenangkan diri agar tekanan darah aku tidak tinggi sewaktu pembedahan. cubaan bertenang mmg susah tp itu adalah yg terbaik di saat2 sebegitu.

esok pagi lepas pembedahan, doktor datang berjumpa sambil bertanya khabar. Alhamdulillah aku selamat..tapi....

"Disebabkan kita lambat kesan puan HAMIL LUAR RAHIM, tiub fallopio puan sebelah kiri terpaksa dipotong dan diikat. Oleh itu, mulai sekarang hanya sebelah tiub fallopio puan berfungsi. Puan masih boleh mengandung, tapi perlu berhati hati kerana kebarangkalian perkara ini berulang adalah tinggi...."

itulah penjelasan doktor pagi tu...sebak jiwa aku mendengarnya..rasa nak menjerit menangis merintih atas apa yg berlaku..terasa jugak aku ni seolah2 org CACAT...selepas tu suamiku datang sambil tersenyum dan terus mencium dahiku sambil melafazkan hamdallah kerana aku selamat...kuceritakan segala penjelasan doktor..tenang dan senyumnya mengajak aku untuk terus redha dan sabar kerana segalanya ada hikmahnyer.

panjang sngt kan??? inilah luahan hati yg saya rasa nak berkongsi..mungkin disebalik cerita ini kita leh sama2 carikan pengajaran daripada cerita ini...hmm..saya serahkan kepada sahabat2 ...

Daisypath Next Aniversary Ticker

Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 9:55 PTG 61 comments READ FULL POST

lama plak tak update blog ni...taraaaaaaaaaa!!! assalammualaikum semua

tah apa yg menyerang aku hari ini tiba2 jari jemari ini pantas menari di keyboard utk menaip apa2 yg terlintas di fikiran ku...tiba2 jer rasa mcm nak wat come back..


any way..why not try to share apa yg terbaik di sini mana la nak tau kot2 apa2 yg bermanfaat yg tercatat di blog ini mampu dimanfaatkan oleh sapa2 yg berminat..huhu bleh la jadi saham sy di alam sana..


harap2 di sini dapat saya berkongsi dan saling bertukar pendapat serta tegur menegur utk kebaikan sesama kita agar sentiasa dpt dimanfaatkan apa2 yg baik sehingga akhir hayat..paling penting perbincangan di ruangan kecil ini mampu buat kita meningkatkan taqwa kita kepadaNya...


ameen...





Daisypath Next Aniversary Ticker
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 9:08 PTG No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About