Isnin, 5 Oktober 2009

rasa tak sedap lak panjang lebar kongsi pengalaman tapi tak buat pengajaran drpd pengalaman itu..

ini suggestion sy pada semua sahabat2 yang terbaca posting saya..

1. sekiranya sahabat2 berminat dan ingin menjadi ibu, banyakkan lah maklumat dgn membaca dan of course bertanya pada yang pakar. tapi kena ingat!!! maklumat yg diperolehi ini perlu lah dijadikan sebagai

a) sumber kekuatan utk kita bertenang sekiranya berdepan dgn perkara yg tak diingini

b) sumber utk kita bertindak proaktif dgn mengambil langkah pencegahan mengelak perkara2 yg tak diingini berlaku

2. bijak kawal emosi dan sentiasa optimis.
bukan apa kdg2 bila terlalu byk membaca dan terlalu byk maklumat kita jadi terlalu takut utk berdepan dgn situasi yg bakal kita hadapi. so as per said above, jadikan maklumat yg kita ada itu sbg sesuatu yg mampu memujuk kita utk bertenang. yakinlah Allah sentiasa bersma kita jika kita bersabar.

3. sekiranya sahabt2 disahkan mengandung (if buat test sendiri la), jgn bertangguh utk berjumper doktor utk pengesahan dr yg pakar.

4. if sahabat suspek mengandung, pergilah klinik yg betul. kao bleh klinik yg ada scan utk confirmkan kewujudan baby..JGN SILAP PERGI KLINIK!!!
sebab sy pergi klinik biasa, waktu sy sakit teruk tu doktor kata saya gastrik!!! mana nak lega sakit lain ubat lain..huhuhuhu

5. sentiasa jadikan iman landasan utk berfikir. jgn terlalu ikut perasaan sebaliknya bertinidaklah ikut kata IMAN..

6. yakinlah setiap yg berlaku ada hikmahnyer...bila apa yg diharapkan adalah sebaliknya...carilah hikmah yg tersembunyi dgn berlapang dada dan bersangka baik dgn Allah...jgn sesekali salahkan Allah dan takdir...

hmm..itu jerk yg terlintas di fikiran saya pengajaran dari posting saya sebelum ni..


Daisypath Next Aniversary Ticker
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 4:35 PTG 3 comments

3 comments:

azieyuzz berkata...

salam.. saya pun penah mengalami menangdung luar rahim (etopic pregnancy). awal bulan 6, 2009 doktor sahkan saya dah mengandung 6 minggu. sronok sgt.. first baby la katakan.. enam hari dapat berite gembira tu saya gi hospital coz ada kuar sikit darah tetapi bwarna coklat. doktor try scan tetapi tak jumpe pape, tgk result urin +ve menangandung. doktor pun pelik. doktor amik darah try check skali lagi, jwpn yg menyedihkan.. confirm "etopic pregnancy". tiup sebelah kanan kena buang... 7 bln lpas tu aku period lebih tiga mggu aku dtg period, aku pergi ke hospital, melalui urine test doktor bgtau aku +ve mengandung.. pelik coz aku period tetapi aku mengandung.. walaubagaimanapun aku bsyukur sgt. suami yang paling happy.. tapi bile aku discan, doktor tak jumpe pape pun. doktor mengandaikan aku etopic pregnancy sekali lagi dan bmakna tiup sebelah kiri pula akan dibuang.. hanaya tuhan yang tahu betapa takut dan sedihnye aku time tu. aku dimasukkan ke wad. beberapa doktor pakar membuat pemeriksaan teliti supaya tiup disebelah kiri ku tidak dibuang. Alhamdulliah setelah seminggu duduk di wad doktor telah sahkan aku hanya keguguran kerana sebelum tu satu ketulan telah keluar semasa aku ingin buang air kecil... 2 tahun telah blalu sehingga sekarang aku dan suami ku masih sabar menanti detik2 itu...

Wafie ~ Ummu Amri berkata...

MasyaAllah azieyuzz lagi besar ujian yg menimpa azieyuzz...alhamdulillah krn sekadar keguguran..insyaAllah sama2 kita doakan mg kali ini adalah yg terbaik hasil doa dan sabar azieyuzz selama ini..amiin...

Tanpa Nama berkata...

Macammana kalau kita nak tahu kita ni ethopic., adakah kalau kita tgh period kita buat upt +ve tu namanya ethopic?

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About