Isnin, 5 Julai 2010

Permulaan 2 minggu ini tiba2 rasa ilang semangat dan semakin letih dgn karenah org2 di pejabat. Untill today aku masih lagik mencari kekuatan jiwa agar dpat kuteruskan segalanya dugaan yg mendatang ini dgn tenang dan sistematik...kerana aku tahu setiap yg hadir dlm hidup kita sebagai muslim pasti ada hikmah dan tarbiyahnya yg tersendiri...

dlm pencarian ini..segala memori silam kembali satu persatu umpama slide presentation di benak fikiran..saling silih berganti mengimbau kembali kesukaran dulu yg pernah aku hadapi bersama teman2 seperjuangan..

" yus, nak tau dak satu cerita? " kata seorg sahabiah aku sbg respon kpd keluhan aku ketika itu yg rasa tiada sokongan utk menguruskan satu tugasan.

aku sbg isyarat utk dia meneruskan cerita..

" ada seorg sukerelawan dr Thailand. Kerje dia mmg utk cari sumbangan dan membantu org2 miskin di sana. Selalunya setiap kali dia mohon sumbangan atau buat kerja dia, pasti pulangan yg dia dapat lumayan dan amat bernilai dan berguna utk mereka yg memerlukan. "

" Suatu hari tu, byk kerja2 yg dirancangnyer tak menjadi dan kutipan sumbangan juga merosot. Dia juga kehilangan seseorg yg selalu bg sumbangan besar dlm kerje2nya sblm ni..akibat drpd situasi itu dia lemah semangat dan rasa tiada lagik sokongan untk wat kerje2 macam tu.."

"patah semangat..." sambung sahabiah aku tu seolah olah dia memahami apa yg aku alami..mmg benar patah semangat...dlm diam aku membenarkan itulah pepatah yg tepat utk aku ketika itu..

"tp kan yus..bila dia muhasabah balik...dia mula sedar..ini semua dr Allah. terutamanya rezeki dan ujian yg menimpa HambaNya...Dia mula sedar yang kalo dia terus berpatah hati atau patah semangat macam tu..itu bermakna selama ini kerje2 dia hanya bergantung kepada org yg menyumbang itu shj utk bekerja..tiada pergantungnnya kepada Allah...kerana ....."



belum sempat sahabiah aku itu menghabiskan ceritanya, hati aku terus tersentap dan beristighfar..ASTAGHFIRULLAHHALAZIM....sewajarnya aku bergantung kepada Allah bukan kepada mana2 hambaNya yg sama2 punya kelemahan spt aku...

mmg benar kata sahabiah ku itu...sekiranya kita bergantung kepada Allah, walau apa yg berlaku sekalipun kehilangan org kuat yg menyokong kita..kita tetap maintain utk meneruskan kerje dan amalan kita dgn baik...


ASTAGHFIRULLAHHALAZIM...mg ujian ini lebih mendekatkan aku padaMu Ya Allah...

cerita itu juga beri aku kekuatan pada hari ini utk meneruskan kerja2 aku di opis kembali terurus..

huhuhuhuhu bukan aku tak suka bekerja..cuma aku perlu mengubah strategi sedia ada kepada cara baru spy lebih sesuai dgn keadaan semasa..

itulah cabaran nya setelah aku sendiri memilih kerjaya ini...hehehehehe i luv to work!!! i luv my carrier!! so face it!! beat it!!

insyaAllah betuikan niat kita sepanjang masa agar segala amalan kita hanya kerna Dia bukan kerna sapa2...

kita jadi hebat kerana Allah yg jadi sandaran kita ... dan Islam yg kita bawa...bukan kerana makhluk2nya yg jelas ada kekurangan sama seperti diri kita sendiri.....

MORAL OF THE STORY : 

Sandaran hakiki seorg hamba hanya kepada Allah Yang Esa. 
Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 10:03 PG 3 comments

3 comments:

Asma berkata...

huhu..

Wafie ~ Ummu Amri berkata...

naper lak asma huhuhu..kami kat sini dah uwa uwa uwa

Asma berkata...

kena la yus dgn situasi kita skang ni..huhu

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About