Sabtu, 23 Mei 2009

Sedar tak sedar hari ni Thaqif dah masuk 47 hari…. Alhamdulillah Thaqif makin sihat dan makin bertubuh…nak pegang Thaqif sekarang pun aku rasa dah tak larat sebb semakin berat..hari demi hari adalah hari-hari yang aku lalui dengan belajar untuk mengenali Thaqif. Kenapa dia nangis? Macam mana nak pujuk? Apa yg buat dia takut? Apa yang buat dia selesa? Macam-macam lagi lah perkara yang aku pelajari secara langsung dan tidak langsung…


Melihat pertumbuhan dan perkembangan Thaqif dari hari ke hari buat aku semakin terasa nilai cinta dan kasih seorang ibu kepada anaknya. Sedikit sebanyak aku mula merasai betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anak. Hati aku kian terhibur tatkala melihat telatah dan karenah Thaqif yang semakin bijak mencuit dan mencuri hati umi abahnya, wan dan opahnya serta umi toknya…semoga Thaqif turut membesar dan sentiasa memberi kesenangan dan ketenangan kepada mereka yang menyayanginya.






gambor thQIF
xslide42.gif




Subhanallah wal hamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!!! Itu sahaja ungkapan yang mampu aku lafazkan setiap kali hatiku terhibur dengan nikmat ini…kucuba mencari perkataan lain bagi menggambarkan syukur dan gembiranya aku akan nikmat ini tapi tiada satu pun perkataan yang terlintas dimindaku bagi menggambarkan perasaan itu melainkan lafaz tasbih, tahmid dan takbir tadi….

Benar-benar aku bersyukur kepadamu Ya Rahim kerana mengizinkan aku untuk menikmati nikmat menjadi ibu ini dengan sedikit keimanan yang bersemi di jiwaku. Mudah-mudahan aku kekal sebagai hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu dengan keimanan yang tulus kepadaMu.


Syukur Alhamdulillah Ya Rahim…Moga Thaqif membesar dan sentiasa memberi manfaat untuk Ad-Din tercinta. Ameen.

Posted by Wafie ~ Ummu Amri On 2:21 PTG No comments

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About