Jumaat, 6 Ogos 2010

Secangkir Muhasabah Di Ambang Ramadhan....


Bismillahhirrahmanirrahim...

Hari ni dah hari Jumaat...wah tak sabar rasanya nak masuk bulan Ramadhan...berbunga bunga hati ini nak tunggu Ramadhan ni hadir menemui semua umat Islam...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..bulan yg penuh rahmat...harap sgt Ramadhan kali ni dpt aku & keluargaku manfaatkan sepenuhnya sbg medan tarbiyah buat kami utk mengejar mardhatillah..


Ya Allah Ya Rahman, kupohon hanya kepadaMu Ya Allah agar Ramadhan kali ini meningkatkan iman & taqwa kami kepadaMu...menyuburkan kasih, cinta dan rindu kami kepadaMu...serta takut akan azabMu...Lembutkanlah hati kami menerima tarbiyah, taufik & hidayahMu agar hati ini sentiasa tunduk dan patuh kepadaMu...Perkenankanlah doa kami ini Ya Fatah...

Sesekali bila muhasabah...hati ini selalu terdetik..sejauh mana iman & taqwaku?? atau tanpa disedari aku tidak kisah dgn semua ini...terlupa utk jaga iman????? terlupa nak pelihara taqwa??? ahhh satu persoalan yg cukup sombong & takabur buat seorang Hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa...astaghfirullahalazim...



Aku mengaku sbg Hamba Allah..tapi sejauhmana aku mengabdikan diri aku sbg hamba kepadaNya??? astaghfirullahalzim..terasa lagi byk aku bersikap "TUAN" berbanding "HAMBA"...mana tak nya berkira2 utk sujud kepadaNya...berfikir panjang untuk berkorban sedikit utk meraih keredhaanNya...seorang hamba tidak begitukan??? Seorg hamba akan mempamerkan kesetiaannya kpd TuanNya tanpa berkira-kira dan berbelah bahagi....huhuhuhuhu.....terlalu jauh AKU SEBAGAI SEORANG HAMBA SOLEHAH...

moga ramadhan kali ini mampu kumanfaatkan sbg medan tarbiyah utk aku menyemai kembali iman & taqwa, menyubur semula kasih & cinta serta menghadirkan rindu yg teramat sngt kepadaMu Ya Allah....Mg dipermudahkan jalan itu untuk aku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku serta seluruh kaum muslimin & muslimat.

Ahad, 18 Julai 2010

Delima Seorang Bos



Alhamdulillah...selamat gak perjalanan pulang dr Kuala Koh semalam..sampai jerk terus carik Thaqif my lil hensem boy...hehehe plus sket my lil soleh son...



pagi ni mmg semangat sket nak buat kerje tp tak mmpu nak wat lagi sbb memikir psl sorang ni....ekceli tak yah pk tp tak tau lah..maybe skrg aku kategorikan diri aku sebagai fasa mencari petunjuk Allah agar diberi panduan dlm buat kptsn sbg boss..

hmm..tak tau nak luah mana tp rs kena luah gak kat mana2..finally aku betuikan niat utk diluahkan di alam maya ini sbg satu medan utk aku dpt feedback yg baik dr semua yg terbaca luahan ini..bukan takat tu sj maybe apa yg dipaparkan ini juga leh dijadikan panduan wat sapa2 yg menghadapi situasi seperti aku ini...

well aku ada sorang staff yg dah peringkat pegawai la..dlm carta organisasi kira dia my subordinate ..tp apa yg leh aku ckp..aku tak tau kat mana tak kena..asal jumper jerk dia mesti ada jerk mende aku nak komplain nak tegur nak ajar agar everything is in order...but as a boss aku rileks kan diri dulu takmo call dia utk jumper aku dlm keadaan aku tak puas hati dgn dia..i want myself really free dr rasa nak marah kat staff sorang ni..kdg2 aku biar jer anggap apa yg aku nak tego adalah perkara kecik dan tak perlu aku panggil ngadap utk setel..let him think by himself sbb dah besar kan mende2 kecik tak kan tak reti setel..hmmm...just let it be!! tp makin lama aku biarkan dia  makin teruk lak aku rasa..lagik kucar kacir Bahagian aku..mau tak nyer byk kerje dia tak ikut rposedur dan main suka hati jerk..yg aku bengang tahap gaban ialah semua kerje yg dia buat mesti TAK PERNAH NAK LAPOR KAT AKu DAN AT THE END ADA JERK STEP2 WAJIB YG PATUT DIA FOLLOW, DIA TAK FOLLOW...AT THE END AKU GAK KENA SETELKAN KERJ2 dia yg dah mmg carca merba..
Big II Losers Smileys
kalo nak ikutkan tugas aku ni just selia jerk dia wat betui ke tak..tp bila bg dia wat kerje jerk mesti aku terpaksa wat balik kerje yg patut dia buat tu dr a to z ...kira aku tak dak kerje lain la just perbetuikan kerje dia jerk..paling aku geram dia ni DEGIL !!! dan pada aku BODOH SOMBONG!! kalo tak reti ngaku jerk dan mai diskuss...aku bos yg suka diskas dan sama2 carik jalan ngan staff apa yg patut buat agar selesai byk perkara dgn efektif..tp dia ni mmg tak reti nak masuk diskas dan TAK RETI2 NAK DGR ARAHAN AKU YG SIMPLE DAN LEMBUT..(lembut la pada aku sbb aku tak tengking2 kan...) byk arahan simple aku tak pernah dia follow ada satu tu siap ckp kat org lain tak yah dgr ckp Puan tu...??? bengkek jerk aku dgr...aku tak pernah buat apa2 kptsn sbb aku menci cara dia...setiap kptsn aku mmg aku pk utk maslahah ramai org drpd individu...pertimbangan sperti ini mmg akan buatkan dia akan nampak seolah2 aku tak sokong dia...(hello!!! camner nak support dia klo semua kerje buat dia tak memberi faedah kpd ramai org..apa yg dia tahu pk pasal diri sendiri jerk..)hmm

skrg ni aku rs mcm nak guna jerk kuasa yg ada utk tukar kan jer dia ke tempat yg lebih sesuai dgn dia..pada aku dia mmg tak sesuai di sini...hehehehe..tp aku ni pk dan consider byk perkara psl dia if aku teruskan surat utk tukarkan mamat sorang nie!!! pk lak lagik sekali aku rasa wat per aku pk psl dia sedangkan dia tak pernah pk psl kesusahan dan ke"consider"an aku selama ni pd dia???? hmmm yg aku jelas dan pasti..aku bukan nak tukar dia sbb tak suka dia..tp aku rs dia tak sesuai di sini dan maybe bila dekat dgn isterin dia...dia jadi lebih baik dr skrg...hahahah setiap hari aku betuikan niat agar aku tak salah buat kptsn dan pertimbangan kpda mamat sorang ni...tp makin aku pertimbangkan keadaan dia...makin kuat gerak hati aku ckp tukarkan jer dia..tlg dia dok dekat ngan isteri dia!! makin kuat gerak hati aku ini berdetik agar dia dikeluarkan dr tempat ini!!!
moga Allah sentiasa bg aku petunjuk dlm semua urusanku...well kalo nak citer secara detail mmg korang semua akan geram kat mamat ni..tp cukuplah aku jerk yg geram tahapp gaban ngan dia..hahah staff yg dekat aku gak jd mangsa dgr citer psl mamat ni bila aku mmg tak leh sabar simpan geram...pelik kan ??? marah geram tp dok simpan2 takmo lepas...apalah problemnyer aku ni...apapon Allah jua tempat sandaran terbaik!!


Isnin, 5 Julai 2010

Menjejak Secebis Ketenangan Dalam Hikmah Sebuah Kecelaruan...

Permulaan 2 minggu ini tiba2 rasa ilang semangat dan semakin letih dgn karenah org2 di pejabat. Untill today aku masih lagik mencari kekuatan jiwa agar dpat kuteruskan segalanya dugaan yg mendatang ini dgn tenang dan sistematik...kerana aku tahu setiap yg hadir dlm hidup kita sebagai muslim pasti ada hikmah dan tarbiyahnya yg tersendiri...

dlm pencarian ini..segala memori silam kembali satu persatu umpama slide presentation di benak fikiran..saling silih berganti mengimbau kembali kesukaran dulu yg pernah aku hadapi bersama teman2 seperjuangan..

" yus, nak tau dak satu cerita? " kata seorg sahabiah aku sbg respon kpd keluhan aku ketika itu yg rasa tiada sokongan utk menguruskan satu tugasan.

aku sbg isyarat utk dia meneruskan cerita..

" ada seorg sukerelawan dr Thailand. Kerje dia mmg utk cari sumbangan dan membantu org2 miskin di sana. Selalunya setiap kali dia mohon sumbangan atau buat kerja dia, pasti pulangan yg dia dapat lumayan dan amat bernilai dan berguna utk mereka yg memerlukan. "

" Suatu hari tu, byk kerja2 yg dirancangnyer tak menjadi dan kutipan sumbangan juga merosot. Dia juga kehilangan seseorg yg selalu bg sumbangan besar dlm kerje2nya sblm ni..akibat drpd situasi itu dia lemah semangat dan rasa tiada lagik sokongan untk wat kerje2 macam tu.."

"patah semangat..." sambung sahabiah aku tu seolah olah dia memahami apa yg aku alami..mmg benar patah semangat...dlm diam aku membenarkan itulah pepatah yg tepat utk aku ketika itu..

"tp kan yus..bila dia muhasabah balik...dia mula sedar..ini semua dr Allah. terutamanya rezeki dan ujian yg menimpa HambaNya...Dia mula sedar yang kalo dia terus berpatah hati atau patah semangat macam tu..itu bermakna selama ini kerje2 dia hanya bergantung kepada org yg menyumbang itu shj utk bekerja..tiada pergantungnnya kepada Allah...kerana ....."



belum sempat sahabiah aku itu menghabiskan ceritanya, hati aku terus tersentap dan beristighfar..ASTAGHFIRULLAHHALAZIM....sewajarnya aku bergantung kepada Allah bukan kepada mana2 hambaNya yg sama2 punya kelemahan spt aku...

mmg benar kata sahabiah ku itu...sekiranya kita bergantung kepada Allah, walau apa yg berlaku sekalipun kehilangan org kuat yg menyokong kita..kita tetap maintain utk meneruskan kerje dan amalan kita dgn baik...


ASTAGHFIRULLAHHALAZIM...mg ujian ini lebih mendekatkan aku padaMu Ya Allah...

cerita itu juga beri aku kekuatan pada hari ini utk meneruskan kerja2 aku di opis kembali terurus..

huhuhuhuhu bukan aku tak suka bekerja..cuma aku perlu mengubah strategi sedia ada kepada cara baru spy lebih sesuai dgn keadaan semasa..

itulah cabaran nya setelah aku sendiri memilih kerjaya ini...hehehehehe i luv to work!!! i luv my carrier!! so face it!! beat it!!

insyaAllah betuikan niat kita sepanjang masa agar segala amalan kita hanya kerna Dia bukan kerna sapa2...

kita jadi hebat kerana Allah yg jadi sandaran kita ... dan Islam yg kita bawa...bukan kerana makhluk2nya yg jelas ada kekurangan sama seperti diri kita sendiri.....

MORAL OF THE STORY : 

Sandaran hakiki seorg hamba hanya kepada Allah Yang Esa. 

Isnin, 5 Oktober 2009

DAIRI UMMU AMRI : Moral of the Story

rasa tak sedap lak panjang lebar kongsi pengalaman tapi tak buat pengajaran drpd pengalaman itu..

ini suggestion sy pada semua sahabat2 yang terbaca posting saya..

1. sekiranya sahabat2 berminat dan ingin menjadi ibu, banyakkan lah maklumat dgn membaca dan of course bertanya pada yang pakar. tapi kena ingat!!! maklumat yg diperolehi ini perlu lah dijadikan sebagai

a) sumber kekuatan utk kita bertenang sekiranya berdepan dgn perkara yg tak diingini

b) sumber utk kita bertindak proaktif dgn mengambil langkah pencegahan mengelak perkara2 yg tak diingini berlaku

2. bijak kawal emosi dan sentiasa optimis.
bukan apa kdg2 bila terlalu byk membaca dan terlalu byk maklumat kita jadi terlalu takut utk berdepan dgn situasi yg bakal kita hadapi. so as per said above, jadikan maklumat yg kita ada itu sbg sesuatu yg mampu memujuk kita utk bertenang. yakinlah Allah sentiasa bersma kita jika kita bersabar.

3. sekiranya sahabt2 disahkan mengandung (if buat test sendiri la), jgn bertangguh utk berjumper doktor utk pengesahan dr yg pakar.

4. if sahabat suspek mengandung, pergilah klinik yg betul. kao bleh klinik yg ada scan utk confirmkan kewujudan baby..JGN SILAP PERGI KLINIK!!!
sebab sy pergi klinik biasa, waktu sy sakit teruk tu doktor kata saya gastrik!!! mana nak lega sakit lain ubat lain..huhuhuhu

5. sentiasa jadikan iman landasan utk berfikir. jgn terlalu ikut perasaan sebaliknya bertinidaklah ikut kata IMAN..

6. yakinlah setiap yg berlaku ada hikmahnyer...bila apa yg diharapkan adalah sebaliknya...carilah hikmah yg tersembunyi dgn berlapang dada dan bersangka baik dgn Allah...jgn sesekali salahkan Allah dan takdir...

hmm..itu jerk yg terlintas di fikiran saya pengajaran dari posting saya sebelum ni..


Daisypath Next Aniversary Ticker

Ahad, 4 Oktober 2009

DAIRI UMMU AMRI : PENGALAMAN HAMIL LUAR RAHIM

Berbicara soal kehamilan sememangnya memang menarik perhatian wanita yang mmg bercita-cita utk bergelar ibu..mungkin ramai di kalangan kita cukup teruja dan sentiasa memasang impian yang indah2 tentang kehamilan..tak kurang juga takut utk menempuh saat kehamilan apatah lagi saat kelahiran..

di medan ini saya ingin berkongsi..mungkin tidak secara ilmiah tetapi sedikit pengalaman tentang hamil luar rahim ini agar sedikit sebanyak dapat membantu pada mereka yg mungkin menerima nasib yang sama..

beberapa bulan selepas perkahwinan, biarpun tidak merancang soal zuriat, jauh sudut hatiku tidak sabar utk menimang cahayamata. Apatah lagi jiwa sentimental ku ini sering mengungkapkan cahayamata itu tanda CINTA 2 jiwa yang bersatu menempuh badai kehidupan menuju keredhaan Ar-Rahman.

Sebab itu beberapa tahun sebelum perkahwinan, biarpun masih belum tahu siapa suamiku..aku tak kekok membaca apa2 sahaja majalah dan info2 berkaitan persediaan sebagai ibu. Hmm..bila dah bergelar isteri apa lagi, makin berapi semangat aku menjejaki info bayi dan ibu, ibu dan bayi.

beberapa bulan lepas perkahwinan aku dapat rasa perubahan pada diri aku. macam2 tanda kehamilan berlaku pada aku. tapi susah aku nak caya sbb alhamdulillah aku tiada alahan. tanda2 awal yg paling ketara aku sedari adalah cuma selera aku bertambah dan byk perkara biasa yg aku buat aku rasa kekok dan pening. Contohnyer naik lift, selalu tak pening, tiba2 hari tu aku pening. naik ekslator, selalu tak gayat, tiba2 aku gayat.

hmm, adakah aku hamil??? agak kompius sbb period on going dgn tidak teratur. hmm, utk kepastian, test la sendiri. hmm berdebar gak nak tau ni, ALHAMDULILLAH, pregnant!!! but naper masih period erk??? hasil bacaan sebelum ni, aku dah dapat agak something wrong with me..immedietly aku jumper doktor...heheheh doktor pon pelik awak period tapi naper awak buat pregnancy test??? huhuuhu malu gak nak jawab..nampak sngt aku begitu teruja nak jadi UMMI..finally doktor di klinik terus rujukkan aku ke hospital terdekat.

ringkas cerita, doktor suspek HAMIL LUAR RAHIM...masyaAllah!!! rasa mcm ada bende berat menimpa aku..kalo bercerita lisan boleh ler aku cakap seolah - olah bedebuk atas kepala menerima perkara ini...

APA AKU BUAT???

x putus2 aku pujuk hati..x per suspek jer..tak betul tu... insyaAllah yakin Allah akan tolong aku!! selalu husnuzon ngan Allah kerana ianya sama gak macam doa..terus menerus aku pujuk hati aku agar kuat hadapi situasi itu. sedih lagik kerana waktu tu aku berjauhan dari suami...aku di sini dia di sana...slowly aku maklumkan pada hubby..dia terkejut tp dlm kekalutan itu dia cuba bertenang sambil menenangkan aku yg sama2 berpura-pura tenang. sbb aku disuspek hamil luar rahim, aku terus masuk ward. hubby pon sepantas kilat bergegas utk jumper aku. Dia janji dia akan sampai esok.

masuk jer ward, huhuhu dikelilingi org2 yang sakit..aku bertambah sakit. takut plak nak ngandung sbb macam penyakit & masalah yang real depan mata aku. tp aku x putus2 berdoa agar aku negatif hamil luar rahim..doktor dtg check berkali2..serius aku tak sakit..so doktor putuskan aku bleh kuar disamping desakan aku jugk mmg nak kuar.

3 minggu aku kuar dr ward, badan kurasa tidak sihat. perutku selalu mengulas semacam senggugut. sakit2 pon aku masih bergerak aktif siap tolong menolong dalam majlis kenduri lagik. tapi aku tiba2 sakit yg teramat sngt selepas kuat bekerja dalam majlis kenduri..sakit sngt dan mula lah cepat marah...melihat perubahan tu ada gak suara2 yg suarakan kemungkinan ini buatan kianat..huhuhuhu takutnyerrr!!! camner nak ubat tu!!!

alhamdulillah hubby always positifkan aku. ummi pon selalu bagi aku semangat!! mak sbg mak mentua pon tak putus2 bagi jalan agar aku berubat..mak bawa aku pi sebuah klinik, siap scan. tnpa ragu2, doktor ckp aku dah keguguran. huhuhuhu tahan jer airmata ni sambil sengeh2 depan org. tanda konon2nyer lega sbb aku bukan hamil luar rahim...tp manalah ada seorg ibu yg tak nangis bila tahu dia keguguran!!! puas aku nangis malam tu...suami ku tak pernah putus asa. selalu jer dia disisi bisikkan semangat kepada aku agar sabar dan kuat hadapi semua ini..lihat kesungguhannya memujuk, aku tak sampai hati menangis depan suamiku...perlahan2 kupujuk diri agar redha dgn ketentuan Allah.

tak lama lepas itu, sakit yang teramat sngt kembali menyerang aku. kali ini tiba2 aku rasa sesuatu telah pecah dalam perutku...tapi aku tak faham apa yg buat aku bertahan dan tak pegi jumper doktor..aku ingatkan aku senggugut teruk.

2 hari lepas tu, tiba2 aku sakit yg lebih teruk. sedikit pon aku tak mampu bergerak. gerak jer sket aku akan rasa seolah2 darah memancut deras dari rahim naik menusuk jantung..rasa dah nak mati waktu tu...mujurlah kawan2 pejabat...wahida,rini,fara n nik datang jenguk aku di rumah sambil bawa nasi bungkus..dalam gurau senda bersama mereka aku tiba2 sakit teramat sangat...terasa lagik darah yg deras memancut laju menusuk jantungku..terus mereka kejarkan aku ke UNIT KECEMASAN HOSPITAL TERDEKAT...dr pukul 3 petang aku di ward kecemasan, jam 9 malam baru doktor yg buat rondaan dapat kenal pasti aku PESAKIT LUAR RAHIM YG KRITIKAL...huhuhu kalo lambat lagik dikesan, pasti aku dah ARWAH!!

terus doktor jadualkan aku utk dibedah jam 3 pagi. dari 9 malam hingga 3 pagi, aku hnya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar. sepanjang tu juga aku cuba tenangkan diri agar tekanan darah aku tidak tinggi sewaktu pembedahan. cubaan bertenang mmg susah tp itu adalah yg terbaik di saat2 sebegitu.

esok pagi lepas pembedahan, doktor datang berjumpa sambil bertanya khabar. Alhamdulillah aku selamat..tapi....

"Disebabkan kita lambat kesan puan HAMIL LUAR RAHIM, tiub fallopio puan sebelah kiri terpaksa dipotong dan diikat. Oleh itu, mulai sekarang hanya sebelah tiub fallopio puan berfungsi. Puan masih boleh mengandung, tapi perlu berhati hati kerana kebarangkalian perkara ini berulang adalah tinggi...."

itulah penjelasan doktor pagi tu...sebak jiwa aku mendengarnya..rasa nak menjerit menangis merintih atas apa yg berlaku..terasa jugak aku ni seolah2 org CACAT...selepas tu suamiku datang sambil tersenyum dan terus mencium dahiku sambil melafazkan hamdallah kerana aku selamat...kuceritakan segala penjelasan doktor..tenang dan senyumnya mengajak aku untuk terus redha dan sabar kerana segalanya ada hikmahnyer.

panjang sngt kan??? inilah luahan hati yg saya rasa nak berkongsi..mungkin disebalik cerita ini kita leh sama2 carikan pengajaran daripada cerita ini...hmm..saya serahkan kepada sahabat2 ...

Daisypath Next Aniversary Ticker

note "come back" sket


lama plak tak update blog ni...taraaaaaaaaaa!!! assalammualaikum semua

tah apa yg menyerang aku hari ini tiba2 jari jemari ini pantas menari di keyboard utk menaip apa2 yg terlintas di fikiran ku...tiba2 jer rasa mcm nak wat come back..


any way..why not try to share apa yg terbaik di sini mana la nak tau kot2 apa2 yg bermanfaat yg tercatat di blog ini mampu dimanfaatkan oleh sapa2 yg berminat..huhu bleh la jadi saham sy di alam sana..


harap2 di sini dapat saya berkongsi dan saling bertukar pendapat serta tegur menegur utk kebaikan sesama kita agar sentiasa dpt dimanfaatkan apa2 yg baik sehingga akhir hayat..paling penting perbincangan di ruangan kecil ini mampu buat kita meningkatkan taqwa kita kepadaNya...


ameen...





Daisypath Next Aniversary Ticker

Sabtu, 23 Mei 2009

Thaqif ooo Thaqif

Sedar tak sedar hari ni Thaqif dah masuk 47 hari…. Alhamdulillah Thaqif makin sihat dan makin bertubuh…nak pegang Thaqif sekarang pun aku rasa dah tak larat sebb semakin berat..hari demi hari adalah hari-hari yang aku lalui dengan belajar untuk mengenali Thaqif. Kenapa dia nangis? Macam mana nak pujuk? Apa yg buat dia takut? Apa yang buat dia selesa? Macam-macam lagi lah perkara yang aku pelajari secara langsung dan tidak langsung…


Melihat pertumbuhan dan perkembangan Thaqif dari hari ke hari buat aku semakin terasa nilai cinta dan kasih seorang ibu kepada anaknya. Sedikit sebanyak aku mula merasai betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anak. Hati aku kian terhibur tatkala melihat telatah dan karenah Thaqif yang semakin bijak mencuit dan mencuri hati umi abahnya, wan dan opahnya serta umi toknya…semoga Thaqif turut membesar dan sentiasa memberi kesenangan dan ketenangan kepada mereka yang menyayanginya.






gambor thQIF
xslide42.gif




Subhanallah wal hamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!!! Itu sahaja ungkapan yang mampu aku lafazkan setiap kali hatiku terhibur dengan nikmat ini…kucuba mencari perkataan lain bagi menggambarkan syukur dan gembiranya aku akan nikmat ini tapi tiada satu pun perkataan yang terlintas dimindaku bagi menggambarkan perasaan itu melainkan lafaz tasbih, tahmid dan takbir tadi….

Benar-benar aku bersyukur kepadamu Ya Rahim kerana mengizinkan aku untuk menikmati nikmat menjadi ibu ini dengan sedikit keimanan yang bersemi di jiwaku. Mudah-mudahan aku kekal sebagai hambaMu yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu dengan keimanan yang tulus kepadaMu.


Syukur Alhamdulillah Ya Rahim…Moga Thaqif membesar dan sentiasa memberi manfaat untuk Ad-Din tercinta. Ameen.